Masyarakat iban adalah suku kaum Sarawak.Dalam adat perkahwinan masyarakat Iban, upacara membelah pinang akan dijalankan ketika majlis berlangsung. Seorang wanita akan membawa keluar tepak sirih dan kemudiannya membelah pinang tersebut. Pecahan pinang itu akan menentukan tempoh masa pengantin perempuan diwajibkan tinggal di rumah suaminya. Setelah itu, seorang lemambang atau bomoh akan mengadakan upacara menidurkan anak dan mengejutkan anak itu semula dengan beberapa rangkap pantun. Upacara perkahwinan telah dianggap tamat dengan menjalankan adat ini sekiranya tiada kesalahan adat yang dilakukan oleh kedua-dua belah pihak. Tukang ganyang akan memulakan upacara. Ayam yang telah diikat kakinya kemudian dilepaskan dan mentera pun dibaca. Darah ayam akan disembah kepada pengantin. Mengikut kepercayaan masyarakat Iban, majlis akan diadakan di rumah pengantin perempuan selepas itu dan pengantin lelaki tidak boleh tidur sama dengan pengantin perempuan.
Adat kematian masyarakat iban
Masyarakat Iban menguruskan sesuatu kematian itu mengikut adat-adat tertentu. Setiap adat yang dilakukan mempunyai maksud dan tujuan yang tertentu. Orang Iban menguruskan mayat dengan penuh kemuliaan. Apabila ada kematian, semua saudara mara dan sahabat handai menghadirinya.Perkara pertama yang dilakukan sebaik sahaja mendapati seseorang itu mati ialah merapatkan mulutnya. Ini dilakukan oleh ahli keluarganya. Kemudian mayat dimandikan, disikat dan dikenakan pakaian yang sebaik-baiknya. Kedua-dua pintu rumah panjang juga perlu digalang dengan dua batang alu. Mereka percaya, jika perkara ini tidak dilakukan, hantu si mati akan membawa pulang roh si mati. Kemudia mayat diletakkan di tengah-tengah rumah panjang dan dilingkungi dengan pua kumbu yang dipanggil sapat.Semua barang yang mahu dibekalkan bersama-sama mayat disediakan. Barang-barang itu dianggap sebagai bekalan si mati di dunia keduanya kelak (dunia selepas mati). Mayat itu juga tidak boleh ditinggalkan bersendirian. Seterusnya, seorang wanita yang mahir ditugaskan membaca doa. Dengan doa itu, roh si mati dipercayai dapat dibawa ke syurga tanpa sebarang halangan. Doa itu akan dibaca berterusan sehinggalah mayat dibawa keluar dari rumah panjang.Sepanjang malam sebelum pengebumian dijalankan, orang-orang tua akan berbincang tentang jangka masa berkabung dan berpantang. Apabila mayat itu dimasukkan ke dalam keranda, mayat itu disuakan makanan menggunakan pinggan. Kemudian pinggan itu dipecahkan dan dibuang ke tanah melalui celahan lantai. Mayat itu kemudiannya ditaburi beras supaya petara tidak menyiksa mayat itu. Keranda itu diperbuat daripada kayu yang baik oleh tukang mahir di kampung itu. Keranda itu biasanya dihias dengan ukiran yang mempunyai motif tradisional.

No comments:
Post a Comment