Sunday, 28 August 2016

Sahabat.....



Persahabatan…

Pujangga pernah berkata, persahabatan yang tidak jujur umpama meniti buih di lautan. Hamparan buih nan memutih, hanya indah di luaran namun melewatinya bererti menuju ke jurang kehancuran .Mencari sahabat sejati bukanlah mudah….ramai yang bersama berkongsi suka, namun kurang yang ingin menemani kita meniti duka.Sahabat sejati nilainya tiada bandingan. Dia ibarat berlian yang terbenam di dasar lumpur. Meskipun berbalut kekotoran, gemerlap sinarnya terserlah jua. Sahabat sejati juga menjunjung erti setiakawan, kejujuran dan bertanggugjawab. Sama bergembira di waktu senang,  membimbing dan membantu sewaktu diri tergelincir dari batasan.Meskipun mungkin menegur itu mungkin disalahtafsirkan, tetapi atas dasar tanggungjawab sebagai sahabat….diteruskannya juga. Sahabat sejati tidak semestinya perlu berada di sisi kita setiap masa. Mungkin dalam setahun, pertemuan dengannya boleh dihitung dengan jari. Namun, hubungan dalaman yang erat terjalin sebati di dalam jiwa. Biarpun jauh, nilai persahabatan yang sedemikian akan tergenggam erat dalam diari ingatan. Persahabatan itu banyak mengajar aku erti kehidupan.. terima kasih kerana sudi menjadi separuh orang yang penting dalam hidup saya.. chloe, juju dan kunyit.. moga persahabatan ini kekal..Persahabatan itu amat penting maka hargailah sebelum terlambat.. takkan ada yang memahami kita melainkan sahabat yang benar memahami kita..

SAJAK SAHABAT

mungkin aku bukanlah sahabat yang baik
aku sering melalaikanmu
aku sering membuatmu merasa tersisih
mungkin selama ini banyak bicaraku yang pedih
aku sering tidak memahamimu
aku hanyalah manusia biasa
karena kekuranganku itu aku sering memanjatkan doa
semoga tuhan selalu melindungimu
karena siapapun kalian
kalian adalah sahabatku

ikhlas dari saya: Sonia samban

Adat tradisional orang Iban

ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT IBAN



Image result for adat perkahwinan iban








Masyarakat iban adalah suku kaum Sarawak.Dalam adat perkahwinan masyarakat Iban, upacara membelah pinang akan dijalankan ketika majlis berlangsung. Seorang wanita akan membawa keluar tepak sirih dan kemudiannya membelah pinang tersebut. Pecahan pinang itu akan menentukan tempoh masa pengantin perempuan diwajibkan tinggal di rumah suaminya. Setelah itu, seorang lemambang atau bomoh akan mengadakan upacara menidurkan anak dan mengejutkan anak itu semula dengan beberapa rangkap pantun. Upacara perkahwinan telah dianggap tamat dengan menjalankan adat ini sekiranya tiada kesalahan adat yang dilakukan oleh kedua-dua belah pihak. Tukang ganyang akan memulakan upacara. Ayam yang telah diikat kakinya kemudian dilepaskan dan mentera pun dibaca. Darah ayam akan disembah kepada pengantin. Mengikut kepercayaan masyarakat Iban, majlis akan diadakan di rumah pengantin perempuan selepas itu dan pengantin lelaki tidak boleh tidur sama dengan pengantin perempuan.






Adat kematian masyarakat iban



Masyarakat Iban menguruskan sesuatu kematian itu mengikut adat-adat tertentu. Setiap adat yang dilakukan mempunyai maksud dan tujuan yang tertentu. Orang Iban menguruskan mayat dengan penuh kemuliaan. Apabila ada kematian, semua saudara mara dan sahabat handai menghadirinya.Perkara pertama yang dilakukan sebaik sahaja mendapati seseorang itu mati ialah merapatkan mulutnya. Ini dilakukan oleh ahli keluarganya. Kemudian mayat dimandikan, disikat dan dikenakan pakaian yang sebaik-baiknya. Kedua-dua pintu rumah panjang juga perlu digalang dengan dua batang alu. Mereka percaya, jika perkara ini tidak dilakukan, hantu si mati akan membawa pulang roh si mati. Kemudia mayat diletakkan di tengah-tengah rumah panjang dan dilingkungi dengan pua kumbu yang dipanggil sapat.Semua barang yang mahu dibekalkan bersama-sama mayat disediakan. Barang-barang itu dianggap sebagai bekalan si mati di dunia keduanya kelak (dunia selepas mati). Mayat itu juga tidak boleh ditinggalkan bersendirian. Seterusnya, seorang wanita yang mahir ditugaskan membaca doa. Dengan doa itu, roh si mati dipercayai dapat dibawa ke syurga tanpa sebarang halangan. Doa itu akan dibaca berterusan sehinggalah mayat dibawa keluar dari rumah panjang.Sepanjang malam sebelum pengebumian dijalankan, orang-orang tua akan berbincang tentang jangka masa berkabung dan berpantang. Apabila mayat itu dimasukkan ke dalam keranda, mayat itu disuakan makanan menggunakan pinggan. Kemudian pinggan itu dipecahkan dan dibuang ke tanah melalui celahan lantai. Mayat itu kemudiannya ditaburi beras supaya petara tidak menyiksa mayat itu.  Keranda itu diperbuat daripada kayu yang baik oleh tukang mahir di kampung itu. Keranda itu biasanya dihias dengan ukiran yang mempunyai motif tradisional.




Gawai Festival



Perayaan Hari Gawai secara umumnya merujuk kepada beberapa perayaan masyarakat Dayak Sarawak and Kalimantan barat tetapi pada kebiasaannya merujuk kepada pesta selepas menuai yang disambut oleh masyarakat Dayak yang merangkumi pelbagai etnik. Di Sarawak ada 25 kaum etnik Dayak terutamanya kaum Iban (atau dikenali Dayak Laut dahulunya) yang merupakan majoriti, Bidayuh (Dayak Darat), Orang Ulu seperti Kayan, Kenyah dan Murut dan kaum-kaum etnik yang lain-lain. Masyarakat Dayak di Kalimantan Barat mengelar perayaan ini sebagai Gawai Padi untuk meraikan tamatnya musim menuai padi dan menandakan permulaan musim penanaman padi yang baru..Selepas menuai, beras sudah tentunya banyak untuk menjamu selera orang ramai dan Petara (Tuhan) orang Dayak yang selalunya disertakan dengan korban babi dan ayam terutamanya dan ditambahkan lagi dengan daging haiwan buas, ikan dan lauk pauk daripada hutan belantara. Oleh itu, musim perayaan selepas musim menuai padi ini dikenali sebagai Gawai dayak.Pesta Gawai disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun. Pada jendela waktu ini, pelbagai jenis gawai boleh diadakan mengikut kehendak dan tujuan masing-masing. Bagi mereka yang tiada gawai tradisi tertentu atau telah memeluk agama baru, mereka meraikan Gawai Dayak yang bersifat umum dan boleh diraikan oleh mana-mana orang berketurunan Dayak tanpa mengira agama, sama ada untuk menandakan penghasilan musim menuai dan menyambut kedatangan tahun baru untuk musim penanaman padi yang baru.Sebelum begawai, seseorang Dayak boleh mengadakan upacara-upacara penyembahan yang kecil seperti bedara mata di dalam biliknya sendiri atau bedara mansau di ruai biliknya manakala begawai di tanju dipanggil sandau ari. Enchaboh Arong  diraikan untuk menyambut perolehan kepala manusia pada zaman dahulu atau pendapatan barang lain pada zaman sekarang.
Jenis-jenis Gawai utama termasuklah:
  • Gawai Dayak sebagai hari menyambut tahun baru yang ditandakan dengan berakhirnya musim menuai padi dan bermulanya musim menanam padi yang baru. Ia merupakan musim perayaan pesta-pesta tradisi dan sosial.
  • Gawai Batu untuk mengasah peralatan besi seperti parang dan kapak supaya tajam sebelum musim menebas dan menebang,
  • Gawai Benih untuk mendoakan benih padi membesar dengan baik dan bebuah bagus sebelum menanam padi,
  • Gawai Ngalihka Tanah memajak semula tanah yang tidak subur lagi
  • Gawai Ngemali Umai mengubati huma dan padi yang sakit,
  • Gawai Bersimpan untuk menyimpan padi setelah selesai menuai,
  • Gawai Burung untuk menyembah dan memuja Sengalang Burong sebagai dewa peperangan dan pertahanan,
  • Gawai Mimpi untuk meraikan atau menawar petanda mimpi yang baik atau buruk
  • Gawai Kenyalang juga dipanggil gawai diri atau gawai tras untuk menunjukkan kejayaan seseorang dan sebelum pergi mengayau atau merantau mencari nasib baik atau harta benda,
  • Gawai Pangkung Tiang untuk memukul tiang utama rumah sesudah pindah ke rumah baru sebelum ada kematian bagi memohon "gayu guru, gerai nyamai senang lantang nguan menoa" (panjang umur, sihat walafiat serta senang lenang mendiami dunia.
  • Gawai Antu yang merupakan perayaan terakhir untuk roh orang-orang yang sudah meninggal dunia).
  • Gawai Lada
  • Gawai Lelabi untuk memberitahu anak dara seseorang sudah bersedia untuk kahwin atau maljis melah pinang (perkahwinan).
Ada dua lagi jenis gawai yang boleh diraikan sekitar Hari Gawai atau jika mendapat mimpi iaitu:
  • Gawai Nimang Bulu untuk memanjangkan umur sesorang yang mendirikan gawai ini di mana sehelai baju bulu akan dijahit dan dibuat oleh sekumpulan wanita selepas habis timang dinyanyikan oleh sekumpulan lemambang and Antu Gayu (Hantu Panjang Umur) akan dijemput datang untuk menjamu piring dan mengurniakan panjang umur. Hati babi akhirnya akan dibaca maknanya. Jadi, baju bulu itu bolehlah dipakai oleh tuan punya gawai sewaktu rasa sakit supaya beliau merasa sentiasa cergas dalam kehidupannya. Mengikut cerita tradisi orang Iban, Antu Gayu telah memeberi ubat batu gayu kepada seorang leluhur yang bernama Menggin yang panjang usianya sehingga 7 generasi sebelum dia memberitahu rahsia panjang umur dia kepada orang lain lalu meninggal dunia.
  • Gawai Nangga Langit untuk meminta pengampunan jika ada hantu yang menyuruh manusia melakukan sesuatu yang tidak baik seperti membunuh 7 orang. 7 ekor babi akan digunakan untuk gawai ini yang diadakan selama 7 hari 7 malam. 7 biji kelapa digunakan untuk mengantikan 7 biji kepala manusia. Sebuah tangga dibina daripada tanju ke atas bumbung rumah panjang di mana sebuah mahligai dibina untuk sesorang yang mohon pengampunan itu boleh nampok (bertapa) di atas sana. Mengikut cerita Iban, leluhur yang bernama Bejie yang hidup di suatu tempat yang dipanggil Katapang telah membina tangga yang tinggi sehingga mencecak awan untuk berjumpa petara atau Tuhan sewaktu ketika dahulu tetapi akhirnya roboh.
Dua lagi jenis gawai yang muncul pada masa moden sekarang adalah Gawai Getah dan Gawai Lada dengan kedatangan penanaman getah dan lada.  Gawai Getah adalah berasaskan Gawai Batu yang bertujuan untuk mengasah tajam peralatan besi yang digunakan untuk penorehan getah manakala Gawai Lada dimodelkan daripada Gawai Ngemali Umai yang bertujuan untuk menghindari penyakit dan makluk perosak yang sangat mudah menyerang pokok lada.
Sewaktu perayaan ke semua jenis gawai, satu bentuk penyembahan dan pengorbanan ialah Piring dan Genselan  daripada haiwan seperti ayam atau khinzir. Piring ada beberapa peringkat iaitu:
  • piring 3 biji untuk minta ampun atau antu seluwak,
  • piring 5 biji untuk minta sesuatu atau mengiringi bejalai pegi (merantau),
  • piring 7 biji untuk begawai atau bujang berani dan
  • piring 9 untuk sangkong atau turu.
Pemilihan leka atau turun (biji) piring adalah bergantung dengan berapa orang Petara (Tuhan) yang dijemput hadir untuk menjamu piring yang disediakan.
Berapa banyak agihan (jumlah) piring yang disediakan selalunya bergantung kepada berapa bahagian di bilik rumah dan umai (huma) atau sawah dan kebun sesorang itu seperti empat sudut bilik, satu di dapur, satu di tempayan beras, satu di ruai, satu di tanaju, satu di tempat mandian (pendai atau jelatong), satu di huma dan satu lagi di kebun.
Dayak Iban ada seorang Bunsu (Kree) Petara atau disebut Raja Entala dan di bawahnya ada tujuh orang petara yang sentiasa disembah dan diminta pertolongan:
  • Sengalang Burung sebagai Tuhan Peperangan, Perlindungan dan Keamanan
  • Menjaya Manang sebagai manang pertama and Tuhan Perubatan
  • Sempulang Gana dengan Semarugah sebagai Tuhan Pertanian dan Tanah
  • Biku Bunsu Petara sebagai imam dan Tuhan Bahan
  • Selempandai sebagai Tuhan Penciptaan
  • Ini Inda/Inee/Andan sabagai seorang doktor semulajadi dan Tuhan Keadilan
  • Anda Mara sebagai Tuhan Kekayaan
Jadi, petara tertentu akan dijemput dan diundang untuk jenis gawai tertentu misalanya:
  • Untuk Gawai Burong, Sengalang Burung dipanggil sebagai tetamu terhormat.
  • Untuk Gawai Tuah, Anda Mara dipanggil khas.
  • Untuk belian atau Gawai Sakit, manang panggil minta tolong Menjaya untuk orang dewasa atau Ini Andan untuk budak-budak.
  • Untuk Gawai yang berkaitan dengan pertanian, petara yang dipanggil ialah Sempulang Gana.
  • Untuk Gawai lelabi, Selampandai akan dipuja untuk mendapat banyak anak.
Sebelum upacara miring dimulakan, barang-barang piring akan dibiau (dibersihkan secara simbolik) dengan seekor ayam dengan doa yang ringkas untuk memberitahu miring akan dimulakan. Selepas habis miring, piring yang telah siap dihidangkan akan didoakan dengan seekor ayam dan leka sampi piring oleh seseorang yang berpengalaman dan dihormati oeleh orang ramai.
Antara gawai yang paling penting ialah Gawai Kenyalang dan Gawai Antu.
Setelah mengayau dihapuskan, Gawai Burong digunakan untuk memohon penyembuhan orang sakit selalunya setelah diberitahu dalam mimpi.
Gawai Burung mempunyai 9 peringkat perayaan dengan tiang chandi yang berlainan jenisnya seperti berikut:
  • Gawai Kalingkang
  • Gawai Sandong
  • Gawai Sawi
  • Gawai Salangking
  • Gawai Mulong Merangau or Lemba Bumbun
  • Gawai Gajah Meram
  • Gawai Meligai
  • Gawai Ranyai or Mudur Ruruh
  • Gawai Gerasi Papa
Gawai Burong bertujuan untuk menyembah dan memuja Sengalang Burong yang boleh mejelma menjadi helang (Brahminy Kite) dan para menantunya yang menjadi tujuh burung pantang atau bisa seperti berikut :
  • Ketupong (Jaloh atau Kikeh)
  • Beragai
  • Pangkas (Kutok)
  • Bejampong
  • Embuas
  • Kelabu Papau Senabong
  • Nendak\
Gawai Tuah ada tiga peringkat supaya hati babi menjadi baik seperti berikut:
  • nimang tuah (mencari tuah)
  • gawai nama ke tuah (memasukkan tuah)
  • Gawai Tangga Tuah Panggau Tali Raja (membuat tangga tuah)
Biasanya Gawai Tuah diraikan apabila seseorang diberi ubat atau pengaroh (azimat) oleh Petara, hantu atau bunsu jelu (bungsu haiwan) yang baik hati.
Sebelum Gawai Sakit, ada beberapa usaha penyembuhan yang boleh diiktiarkan seperti:
  • Begama (besentuh) oleh dukun yang biasanya akan membaca Pucau (jampi serapah) untuk penyembuhan,
  • Belian ada beberapa jenis pelian mengikut jenis penyakit oleh manang (bomoh),
  • Bersugi sakit untuk meminta penyembuhan dengan kuasa ajaib daripada Keling atau
  • Berenong sakit untuk meminta penyembuhan dengan kuasa ajaib daripada Sengalang Burong.
Pada gawai-gawai ini kecuali Gawai Lelabi dan Gawai Antu, sekumpulan lemambang (penyair) akan menyanyikan sejenis timang atau pengap (zikir) untuk setiap jenis gawai.Semasa Gawai Antu, sabak bebuah untuk sungkop atau rugan akan dimainkan oleh tukang sabak.
Setiap gawai ada proses, prosedur dan perarakannya untuk diikuti supaya sesuatu gawai itu mencapai tujuannya dengan berkesan.Sewaktu Gawai Kenyalang, tengkorak manusia dan patung kenyalang akan ditimang di mana akhirnya patung kenyalang itu akan didirikan di atas sebatang tiang chandi yang kayunya tinggi dan keras seperti tras (tebelian) selama 7 hari 7 malam sebelum diturunkan untuk disimpan. Kepada orang Dayak Iban, kenyalang adalah dianggap sebagai raja segala burung di dunia ini. Untuk setiap gawai, seekor babi akan disikat oleh sekumpulan wanita dan di akhir gawai selepas timang dan pengap habis dinyanyikan, babi itu akan digayang supaya hati dan hempedu babi ditenong erti atau maksudnya sama ada nasib tuan punya gawai itu di masa akan datang baik atau sebaliknya. Pesta Gawai Dayak di Sarawak yang diraikan untuk kegembiraan disambut meriah sekali di bandar-bandar dan di desa-desa dengan didahului oleh upacara miring dan genselan yang akan diikuti oleh hidangan lazat makanan tradisi seperti pansoh, lemang nasi pulut, minuman tradisi terutamanya Tuak iaitu 'arak beras pulut', persembahan tarian tradisi "ngajat", bermain main suara tradisi dan bersuka-ria.




Pakaian tradisional orang iban

Ngepan Iban   
Saya berasa bangga menjadi perempuan Dayak. Ini merupakan pakaian Iban yang dipanggil NGEPAN IBAN. Orang iban akan memakai pakaian ini pada Hari Gawai yang disambut pada 31 Mei dengan 1 Jun. Pakaian ini merupakan simbol bagi perempuan Dayak seperti saya, Ngepan iban ini juga boleh dipakai apabila ada kenduri contohnya bagi aktiviti dirumah panjang yang menyambut tetamu terhormat.Ngepan digunakan semasa perayaan seperti "Hari Gawai" . Ngepan Iban' atau juga dikenali sebagai Ngepan Indu Iban merupakan pakaian tradisi wanita suku kaum Iban. Asal usul ngepan indu iban dipercayai berasal daripada seorang gadis yang bernama Kumang pada zaman dahulu. Kumang merupakan seorang wanita yang sangat baik dalam kalangan wanita iban terdahulu. Beliau seorang wanita yang pandai membuat sebarang kerja wanita seperti bertenun, ngebat, membuat anyaman dan lain-lain. Selain itu, beliau dahulu bukan sahaja terkenal dengan kecantikan beliau tetapi beliau mempunyai sikap yang baik kepada orang lain.Kemahiran yang ada pada Kumang telah menghasilkan pakaian tersebut telah menjadi rujukan sebagai pakaian tradisional bagi masyarakat iban. Lengkap dengan perhiasaan perak, tembaga, manik dan kain yang dibuat daripada pelbagai corak telah menjadikan Kumang sebagai model bagi pakaian tradisional ini.Cara pemakaian Ngepan Indu Iban ini biasanya mempunyai maksud yang tertentu bagi setiap perhiasan yang dikenakan. Sekiranya, pengguna yang memakai ngepan dengan sesuka hati, ia boleh memberi kesan yang negatif kepada pakaian tradisional budaya masyarakat iban dan juga cara permakaian yang salah boleh menyebabkan pemakainya dipandang serong.Sebagai contoh, sugu tinggi yang digunakan sepatutnya sememangnya tinggi daripada sugu tinggi yang lain. Ini kerana Sugu tinggi yang rendah adalah untuk isteri orang ataupun janda. Selain itu, corak ngepan kain bagi seorang gadis haruslah terang warnanya. Ini menunjukan perempuan tersebut boleh dijadikan sebagai isteri.Secara keseluruhannya, pengekalan pakaian tradisional ini amat penting supaya generasi masa kini dan hadapan dapat mengetahui budaya pakaian tradisional kaum Iban teruntamanya pakaian tradisional perempuan kaum Iban di Sarawak. Keunikan dan keistemewaan yang ada pada pakaian ini menunjukkan ketinggian budaya sebagai pakaian kebudayaan masyarakat Iban di Malaysia.Ngepan Iban yang dikenakan semasa perayaan khas seperti Pekit Kumang, biasanya dipakai lengkap bersama beberapa hiasan seperti :
  • Sugu Tinggi
  • Tali Mulung
  • Rawai
  • Tumpa Bentuk
  • Buah Pauh
  • Gelang Kaki @ Gerunchung
  • Sementing Buchai
  • Lampit
  • Sementing Ringgit @ Nyenyawir
  • Selampai
  • Tango